Bengkel Menaip Surat Kiriman Rasmi dengan Microsoft Office Word 2016
19 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu, 18 Mac 2017 Bengkel Menaip Surat Kiriman Rasmi dengan Microsoft Office Word 2016 telah diadakan di dalam Bilik Latihan PI Parit Othman. Para peserta yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Parit Othman dan kawasan Parit Sulong seramai 8 orang telah diberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menaip surat kiriman rasmi mengikut format yang betul di dalam Microsoft Office Word 2016 melalui contoh bergambar dan juga tayangan video.
Melalui program yang bermula daripada 3 petang hingga 5 petang ini, diharapkan agar para peserta dapat belajar cara untuk menaip surat kiriman rasmi dengan betul sekaligus dapat mempraktikkannya di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: